Alhamdulillah,
Beroleh rezeki dan peluang untuk bersama Direct
Group Coaching daripada multimillionaire. Seseorang yang telah otai dan belasan tahun terlibat
dengan dunia perniagaan SHOM. Petah berbicara, berkongsi ilmu, strategi dan pengalaman
beliau melalui onak ranjau dan duri untuk berada dipuncaknya.
Masih terngiang-ngiang dicuping telinga Cikgu Mimie, kata-kata keramat beliau, jadilah Harimau jangan jadi bear yang
sentiasa berada dalam keadaan selesa. Jika kita ingin mencapai sesuatu yang
luar biasa jadilah seperti harimau yang sentiasa mengaum.
Pengalaman emas beliau dalam bisnes SHOM ni membuatkan Cikgu
Mimie terbakar dan kagum. Kagum dengan kesungguhan, sehingga beliau berada di puncak
pada hari ini. Bukan senang nak dapat ilmu Marketing nie secara percuma. Bak kata Mentor Cikgu Mimie, CDM Salleha Roslan segala ilmu,
dan perkongsian telah diberi cuma mengunggu tindakan daripada kita sahaja untuk
bertindak menjadikan ia realiti.
Duduk semeja bersama multimillionaire dan rakan-rakan kongsi
yang hebat menimbulkan semangat yang luar biasa sehinggakan Cikgu Mimie tak
boleh lelap mata.Tak boleh lelap mata memikirkan tugasan-tiugasan yang masih tertunggak, yang masih belum Cikgu Mimie laksanakan. Mulalah otak tu memikirkan tindakan dan step yang perlu diselesaikan. Semuanya gara-gara, semangat rimau dari Kak Ana.
Cikgu Mimie sangat berterima kasih dengan CDM Salleha or lebih mesra dengan panggilan Kak Sall. Percaya dan memberikan peluang untuk duduk bersama Mak Rimau (CDM Kak Ana) seorang jutawan yang simple dan humble.